2011年9月30日星期五

Ringkasan sejarah dan perkembangan SJKC CHUNG CHING

Tahun
Peristiwa

1918

1922



1924


1929


1942



1945










1947



1958




1962





1982


1983



1992


1997



1999

2000


2001


2002

2003


2004



2006




2007







2008

Ditubuhkan dengan menggunakan nama Nan Hwa

Pungutan derma untuk membina bangunan baru  beralamat di Jalan Lipis dijalankan dan bertukar nama kepada Chong Hwa

Sekolah Ching Wen ditubuhkan  beralamat di Jalan Pekeliling ( dikenali sebagai SMK Chung Ching )

Bangunan Sekolah Chong Hwa siap dibina ( sama tempat dengan SJKC Chung Ching sekarang )

Kedua-dua buah sekolah diperhentikan kerana pencerobohan tentera Jepun dan digunakan sebagai markas tentera Jepun.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Sekolah Chong Hwa dijadikan markas tentera British. Pihak lembaga pengelola kedua-dua buah sekolah iaitu Sekolah Ching Wen & Sekolah Chong Hwa bercadang supaya kedua-dua buah sekolah tersebut dibuka semula.

Pada 1hb Disember, perasmian pembukaan  sesi persekolahan dilangsungkan di Sekolah Ching Wen dan bertukar nama sekolah kepada‘Sekolah Gabungan Chong Hwa Ching Wen’ .

Pertama kali kelas menengah dibuka dan nama sekolah dibubar kepada ‘Sekolah Menengah & Rendah Chung Ching’ .

Disebabkan polisi Dasar Pendidikan Negara, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah terpaksa dipisahkan. Sekolah Menengah bertempat di Jalan Lipis dan Sekolah Rendah pula bertempat di Jalan Pekeliling.

Kedua-dua pihak lembaga pengelola sekolah bermesyuarat dan mencapai persetujuan iaitu setuju menukar lokasi sekolah berkenaan. Sekolah Rendah Chung Ching ditukar ke Jalan Lipis manakala Sekolah Menengah ditempatkan di Jalan Pekeliling.

Pembinaan bangunan baru empat tingkat susulan kekurangan bilik darjah.

Perasmian bangunan baru empat tingkat oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Dr. Tan Tiong Hong, Ahli Parlimen kawasan Raub.

Pengetua SMK Chung Ching  Encik Wong Hin Seng bertukar dan menjadi Guru Besar sekolah ini.

Encik Ng Kim Eng menjadi Guru Besar. Sekolah mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina bangunan baru empat tingkat.

Projek pembinaan bangunan baru empat tingkat bermula.

Bangunan baru empat tingkat siap dibina. Puan Chow Siew Cheng menjadi Guru Besar .

Cadangan melaksanakan Program Bestari dan seterusnya menganjurkan  sesi latihan untuk semua guru.

Pelaksanaan Program Bestari.

Pembinaan dua buah bilik darjah baru.
Pemansuhan sesi petang.

Pengubahsuaian empat buah bilik darjah dijadikan bilik ICT. Kos tersebut ditanggung oleh pihak Kementerian. Sebanyak  40 buah komputer dibekalkan.

Bilik Akses ( Internet ) diwujudkan oleh Kementerian.
Pusat Sumber Sekolah dicadang oleh PPD Raub dan berjaya dicalonkan ke dalam pertandingan PERPUSPA 2006.

Cadangan membina dewan serbaguna sekolah oleh PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Murid-Murid Tua Chung Ching diluluskan dengan sebulat suara dan mendapat sokongan kuat daripada Nanyang Siang Pao, Syarikat Carlsberg dan dermaan orang ramai. Malam Amal 10 Penyanyi dilangsungkan pada 2-11-08 . Pada bulan Disember, dewan sekolah siap dibina.

Pelaksanaan Pendidikan Pra Sekolah.
Dewan sekolah siap dibina.

没有评论:

发表评论