2011年9月30日星期五

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga SJK ( C ) Chung Ching,Raub, Pahang dengan penuh tekad dan iltikam, berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
 Murid
Ø  Memastikan murid yang mendaftar akan ditempatkan secara adil tanpa prejudis.
Ø  Setiap murid akan diberi perhatian dan layanan yang adil dan saksama.
Ø  Memastikan proses P&P berjalan  mengikut  jadual waktu.
Ø  Memeriksa kerja murid dalam tempoh dua hari.
Ø  Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diambil tindakan serta-merta.
Ibu Bapa
Ø  Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
Ø  Bersedia bekerjasama dengan semua ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.
Ø  Segala bentuk pungutan dari pihak ibu bapa/penjaga akan disertakan dengan resit bayaran.
Ø  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran untuk meningkatkan kemajuan sekolah dan prestasi murid.
Ø   Segala aduan daripada ibu bapa atau penjaga akan diambil tindakan serta-merta.
Ø   Memastikan kad kemajuan murid diberi sebelum dua minggu selepas peperiksaan.
Guru
Ø   Pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut jawatan.
Ø   Memastikan setiap staf mendapat peluang untuk latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh kali setahun.
Ø   Memastikan kejayaan guru dititikberatkan.
Ø   Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan mengajar mencukupi dan terkini.
Ø   Memberi dorongan kepada guru mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan P&P.
Staf Sokongan
Ø  Memastikan status perkhidmatan staf diberi keutamaan.
Ø   Memastikan kejayaan staf sokongan dihargai.
Ø   Memastikan kebajikan staf songan diutamakan.
 Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan untuk  menjalankan tugas mencukupi.

没有评论:

发表评论